Khamis, 27 Ogos 2009
ASAM PEDAS IKAN KELI
Bahan-bahan
2 ekor ikan keli
Daun kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 2
2 batang serai - diketuk
2 biji buah tomato - belah 4
4 keping asam keping
Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili api
3 biji cili merah
2 cm halia
1 cm kunyit hidup
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
2. Masukkan serai dan secukupnya air untuk kuah. Masukkan juga buah tomato, bunga kantan, dan asam keping.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan dan juga daun kesum. Masak hingga ikan masak. Rasakan garam, gula dan masamnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan