skip to main |
skip to sidebar
GULAI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Bahan-bahan
- 10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
- 3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak,nanti kurang sedap)
- 1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)
- 5 cm lengkuas
- 3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
- 15 tangkai cili padi ( jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan )
- 10 tangkai daun kesum
- 3 keping asam gelugur @asam keping
- 5 sudu tempoyak ( lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat )
- air secukupnya ( untuk kuah banyak, masukkan air banyak )
- garam secukup rasa
- 3 batang serai
Cara-cara
- Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan.)
- Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.
- Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.
- Masukkan ikan satu persatu. ( Hati2, tekstur isi ikan patin lembut)
- Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa.
- Biarkan mendidih di atas api yang sederhana. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
- Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.
stail Lipis, mudah aje , lada hidup, garam, kunyit dan tempoyak. nak sedap lagi tambag timun tahun.
BalasPadam