Sabtu, 29 Ogos 2009

DAGING MASAK LEMAK CILI AP



Bahan-bahan
  • 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 500 gram daging salai
  • 100 gram rebung masam-akak beli RM2.00(basuh dan toskan)
  • 600ml santan cair
  • 400ml santan pekat
  • 2 batang serai di titik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun kunyit-disiat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam ikut keperluan
Cara-cara
1. Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan rebung.
3. Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana.

4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit. Tunggu sehingga 10-15 minit.
6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan