Isnin, 31 Ogos 2009

LOMPAT TIKAM

Bahanbahan

Untuk sira :
1) 1 cawan gula merah
2) 1 cawan gula
3) 2 cawan air
4) 1 helai daun pandan (disiatsiat)
Untuk lapisan hijau :
1 cawan tepung beras
1) 1 sudu makan tepung jagung
2) 3 cawan santan cair
3) ½ cawan jus pandan
4) Sedikit pewarna hijau
5) 1 sudu teh air kapur
6) ½ sudu teh garam
Untuk lapisan putih :
1) 1 ½ cawan tepung beras
2) 1 sudu makan tepung jagung
3) 4 cawan santan pekat
4) 1 sudu teh garam

Cara-cara

Untuk sira :
1) Masukkan kesemua bahan dalamperiuk dan masak sehingga mendidih.
2) Tapis dan ketepikan.
Untuk lapisan hijau :
1) Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang. Panaskan loyang diatas api sebentar.
2) Gaulkan sebati semua bahan dan tapis.
3) Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4) Cakarkan sikit permukaan kuih supaya lapisan putih melekat.
Untuk lapisan putih :
1) Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2) Masukkan adunan ke atas lapisn hijau yang telh mask tadi dan kukus selama 15 minit.
3) Sejukkan dan potong. Hidang bersama sira.
Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan