Khamis, 27 Ogos 2009

SAMBAL TUMIS AYAM


Bahan-bahan

  • 500 gm isi ayam bahagian dada
  • 3 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 biji cili padi - dikisar
  • 1 batang serai - dikisar
  • 2 inci halia - dikisar
  • 2 inci belacan - dikisar
  • 3 sudu makan cili giling / pes cili
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • garam, gula / serbuk perasa, asam jawa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Ayam dipotong dadu, dibersihkan dan ditos seketika.
  2. Gaulkan ayam bersama garam, serbuk perasa, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah. Perap sebentar.
  3. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit bau, dan masukkan cili giling dan biar agak garing dengan api kecil.
  4. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak atau agak kering sedikit.
  5. Untuk seimbangkan rasa, boleh bubuh gula kepada mereka yang tidak menggemari serbuk perasa dan sedikit asam jawa tanpa biji lebih kurang 1/2 sudu teh.
  6. Gaulkan seketika dan angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan