Khamis, 27 Ogos 2009

SUP TULANG


Bahan-bahan

  • 500g tulang lembu
  • 1 sup bunjut adabi
  • 2 kiub ayam -
  • 2 1/2 liter air.
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • minyak untuk menumis
  • daun sup/ daun bawang
  • bawang goreng
  • cili padi -kalo nak pedas :)
  • limau nipis
  • 2 ketul ubi kentang
  • 1/2 batang lobak merah

Cara-cara

  1. Mula-mula cucilah tulang temulang.
  2. Kupas bawang putih dan bersihkan.
  3. Ketuk bawang putih dengan pisau dan cincang-cincang biar jadi halus.
  4. Hiris halia nipis-nipis dan tumbuk bawang putih
  5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning..
  6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
  7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah..
  8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
  9. Masukkan pula sedikit gula.
  10. letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi dan perahkan asam limau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan