BAHAN-BAHAN
· Kepala ikan merah dibersihkan , belah dua atau biarkan seketul
· santan kelapa sederhana pekat
· asam jawa
· serbuk rempah kari ikan istimewa
· bawang putih dan merah tumbuk
· bawang besar potong bulat2
· daun kari
· halba campur
· biji sawi
· serbuk cili istimewa
· bendi
· mangga muda
· tomato buah potong dadu
· garam secukup rasa
CARA-CARA
panaskan minyak dan masuk kan biji sawi, biar kan dia meletup2, masukkan halba campur dan sedikit daun kari, masukkan dan tumis bahan tumbuk, kacau semuanya sampai wangi, masukkan serbuk lada diikuti dengan serbuk kari, kacau lagi sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kemudian santan, kacau sekejap kemudian masukkan kepala ikan dan mangga muda yang dipotong2 leper, dah masak masukkan bendi, tomato daun kari, bawang besar dan garam, kacau sekejap dan angkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan