Ahad, 30 Ogos 2009

GULAI IKAN HARUAN


Bahan-Bahan:

2 ekor ikan haruan (dipotong)
sebiji kelapa (diambil santannya)
sepeket rempah masak dan rempah mentah cap bungan rose
Kulit kayu manis
Cengkih
Buah pelaga
Limau nipis
garam, gula dan perasa secukup rasa
minyak masak
beberapa helai daun kaduk

Bahan untuk dikisar:
4 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
seulas Bawang besar

Cara:

1. Ikan haruan yg dipotong dibersihkan dan direndam dlm air yg diperah limau nipis dan campuran garam tuk ilangkan hanyirnya.
2. Masukkan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar td sehingga naik baunya.
3. Sesudah naik baunya, masukkan rempah masak dan rempah mentah cap bunga rose dan digaul sebati. Masukkan juga kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Masukkan sedikit garam dan gula. Teruskan menumis.
4. Apabila bahan tumis dah masak, masukkan ikan kite itu. Godek2 sedikit sehingga sebati dengan rempah dan renihkan selama 5-8 minit. Perlahankan api. Masukkan juga daun kaduk tuk naikkn baunya.
5. Apabila ikan seakan dah masak, masukkan santan. kacau pelan2 supaya ikan tidak hancur. Teruskan mengacau sehingga mendidih. Jgn biorkn santan mendidih tnpa dikacau bg elakkan daripada 'bakir" bak kate org trg. org kL xtau lak pggil pe. hehe... p/s: kacau pelan2 tuk elak ikan dari hancur
6. Apabila mendidih, rasa dan jika masih xcukup sedap, masukkan garam dan perasa. Biarkan seminit lg, angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan