Memaparkan catatan dengan label MASAKAN KETAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASAKAN KETAM. Papar semua catatan

Khamis, 27 Ogos 2009

KETAM MASAK MERAH


Bahan-bahan

  • 4 ekor ketam
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 3 batang serai diketuk
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar bawang dan cili kering. Boleh masukkan 1 camb minyak masak untuk lumatkan cili kering.
  2. Tumis bahan yang dikisar sehingga betul2 garing.
  3. Masukkan air, daun limau purut, serai, gula dan garam serta ketam. Masak sehingga pekat.
  4. Sedia dihidang.

MASAK LEMAK KETAM


Bahan-Bahan:
½ kg ketam
½ biji kelapa atau a/2 peket santan serbuk
15 biji cili api atau cili kering
2.5 sm kunyit hidup
1 batang serai (dititik)
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Ketam dibersihkan dan dipotong dua. Kelapa diperah ambil santannya. Cili api, bawang merah dan kunyit ditumbuk lumat. Setelah itu masukkan santan dan serai ke dalam periuk. Jerangkan di atas api yang sederhana sambil dikacau perlahan-lahan sampai mendidih. Bila telah mendidih masukkan pula ketam sambil dimasak lagi. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Bila ketam telah masak bolehlah diangkat dan disediakan