Khamis, 27 Ogos 2009

SAMBAL TELUR PUYUH


Bahan-Bahan:
20 biji telur puyuh, di rebus
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
1 cm belacan
11 ulas bawang merah
50 gm cili kering
Cara-cara
Panaskan minyak dan goreng telur kekuningan, ketepikan. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga terbit minyak dan bau. Kemudian masukkan serbuk kulit kayu manis. Kacau seketika. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau lagi. Masukkan telur dan gaulkan perlahan-lahan sehingga bahan-bahan sebati.Angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan