Khamis, 27 Ogos 2009

KERABU BUAH BEKO


Bahan-bahan

  • 1 biji buah beko
  • 1 ekor ikan kembung-rebus
  • 1/2 biji kelapa parut-buat kerisik dan simpan skit tuk amik santan pekat.
  • 15 biji lada hitam
  • 2 labu bawang merah
  • sedikit budu-1 sudu besar.
  • 1 biji asam limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • 5 biji cili api.

Cara-cara

  1. 1.Buah beko hendaklah di layurkan diatas api hingga lembik or kulit tertanggal dan dihiris nipis-nipis.
  2. 2.Kelapa parut di buat kerisik dalam 3 sudu dan selebihnyer di perah santannyer
  3. 3.Tumbuk lada hitam dan juga 1 labu bawang merah, kemudian masukkan isi ikan yang direbus tadi.
  4. 4.Masukkan dalam bekas besar buah beko yang dihiris dan juga lada hitam yang ditumbuk dengan bawang dan isi ikan tadi.
  5. 5.Masukkan kerisik dan perah santan.
  6. 6.Masukkan garam secukup rasa dan juga budu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan