Bahan-Bahan: | |
1 ekor ayam (disiang,asingkan kulit & lemaknya,ketepikan) 1 sudu kicap cair Garam & lada sulah secukup rasa 2 kuntum bunga lawang 5 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 labu sedang bawang 4 ulas bawang putih | 2.5 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku 4 cawan air ] 250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil) Garam secukup rasa Bawang merah goreng Daun bawang dicincang Daun sup yang dicincang Lada-lada hiris yang telah dijeruk |
Cara: | |
Potongkan ayam kepada ketulan-ketulan & perasakan dengan campuran kicap. Perapkan selama 15-20 minit. Panaskan kulit & lemak yang telah diketepikan itu di atas api yang besar.Dapatkan minyaknya & tapis. Tuangkan ke dalam periuk lain.Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit,kemudian masukkan bawang,bawang putih & halia. Goreng hingga layu.Besarkan api.Masukkan ayam & bahan perasa selebihnya.Goreng hingga rata kuningnya,kemudian kecilkan api.Masukkan air,ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga ayam & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan.Taburkan atasnya dengan bawang merah goreng,daun bawang & daun sup.Hidangkan segera dengan lontong atau roti.Hidangkan lada dalam pinggan yang berasingan. |
Khamis, 27 Ogos 2009
SUP AYAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan