Khamis, 27 Ogos 2009

SOLOK IKAN


Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan kembong
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • segenggam kelapa parut putih
  • 1/2 sudu lada hitam
  • beberapa helai daun kesom

Cara-cara

  1. ikan kembong biarlah yang segar dan besar di belah belakang di patahkan tulang dan kikis isinya,buang semua tulang dan isinya ditumbuk .
  2. Serai, bawang, lada hitam ditumbuk begitu juga kelapa parut dan gaul bersama isi ikan, gaul kan dengan daun kesum yang dihiris halus kalau suka boleh letak cili hiris.
  3. jangan lupa letakkan garam, kalau suka bahan perasa atau sedikit gula.
  4. Sumbatkan kembali isi kedalam kulit ikan tadi, bentukkan cantik2 macam ikan dan bolehlah digoreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan