Khamis, 27 Ogos 2009

SAMBAL TUMIS UDANG


Bahan-bahan

  • Bahan Untuk Dikisar~ 1) 15-20 batang Cili Kering (direndam hingga sdikit lembut) 2) 6 hingga 7 Ulas Bawang Kecil 3) 2 Ulas Bawang Putih
  • Bahan Lain~ 300-500gram Udang (Sederhana)
  • Sepaket Petai
  • Semangkuk kecil Air Asam
  • Garam dan Gula (Secukup rasa)
  • 1 Labu Bawang Besar (Dihiris)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. 1- Kisar semua bahan2 yang perlu dikisar dahulu.
  2. 2- Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing dan naik minyak
  3. 3- Masukkan petai dan udang, kacau rata.
  4. 4- Terus masukkan gula dan garam. Masukkan air asam dan kacau rata.
  5. 5- Biarkan sebentar, masukkan bawang besar yg telah dihiris, kacau.
  6. 6- Biarkan sehingga sambal pekat (ikut kepekatan yang diingini). Kacau dari masa kesemasa, angkat dan hidang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan