Memaparkan catatan dengan label MASAKAN AYAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASAKAN AYAM. Papar semua catatan

Ahad, 30 Ogos 2009

AYAM MASAK KICAP


BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam
3 tbs cili kering (blend)
1 bungkus kecil kakas sup
4 biji bwg besar
Kicap

Kunyit
Garam

CARA PENYEDIAAN
1. Potong ayam tersebut mengikut saiz yang dikehendaki. Goreng ayam dengan kunyit dan garam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan goreng bawang besar yang telah dihiris hingga garing. (pakai bawang goreng siap pun boleh)
2. Masukkan cili kering dan kakas sup.
3. Masukkan kicap. Sedia untuk dihidang.

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan

1 ekor ayam – dipotong

1 biji telur

3sm tepung jagung

Bahan hiris

1 biji bwg besar Halia

3 biji bwg putih

1½ sm gula

2st rempah garam masala

2st serbuk cili kering

1st serbuk kunyit

Daun kari

Garam

Cara-caranya

  1. Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
  2. Perap ayam selama 4 jam.
  3. Kemudian goreng dlm minyak yg banyak hingga garing

Sabtu, 29 Ogos 2009

AYAM MASAK LEMAK CILI API


Bahan-Bahan:
500-800 grams ayam
1 tin santan
minyak
garam
gula
serai
bahan unt ditumbuk/blend:
2-3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
12 batang cili padi
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
3 cm lengkuas
1-2 biji buah keras
Cara:
1. Tumis bahan yg dikisar dlm myk sampai naik bau

2. masukkan serai yg sudah di titik

3. kacau sampai sebati

4. masukkan ayam dan gaul

5. masukkan santan

6. kacau & tunggu sehingga mendidih

7. masukkan garam & gula secukup rasa

8. tunggu hingga ayam masak unt 20mins atas api yg sederhana besar

Jumaat, 28 Ogos 2009

TOM YAM AYAM


Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.

Khamis, 27 Ogos 2009

SAMBAL TUMIS AYAM


Bahan-bahan

  • 500 gm isi ayam bahagian dada
  • 3 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 biji cili padi - dikisar
  • 1 batang serai - dikisar
  • 2 inci halia - dikisar
  • 2 inci belacan - dikisar
  • 3 sudu makan cili giling / pes cili
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • garam, gula / serbuk perasa, asam jawa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Ayam dipotong dadu, dibersihkan dan ditos seketika.
  2. Gaulkan ayam bersama garam, serbuk perasa, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah. Perap sebentar.
  3. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit bau, dan masukkan cili giling dan biar agak garing dengan api kecil.
  4. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak atau agak kering sedikit.
  5. Untuk seimbangkan rasa, boleh bubuh gula kepada mereka yang tidak menggemari serbuk perasa dan sedikit asam jawa tanpa biji lebih kurang 1/2 sudu teh.
  6. Gaulkan seketika dan angkat.

KARI AYAM


Bahan-bahan

  • * Bahan dikisar halus *
  • 20 tangkai lada kering
  • 4 biji lada besar merah
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup @ 2 sudu serbuk kunyit
  • * Bahan disangai dan dikisar sekali*
  • 1 1/2 sb ketumbar
  • 1 sb jintan halus
  • 3 biji buah keras
  • * Bahan yang lain *
  • 1 ekor ayam potong 12
  • 1 labu bwg besar dimayang
  • 2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
  • rempah tumis 4 beradik
  • 1 sk halba
  • 1 sk biji sawi
  • 1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji ubi kentang
  • 1/4 cawan minyak utk menumis
  • garam,gula & serbuk perasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
  2. Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
  4. Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
  5. Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
  6. Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.

Selasa, 25 Ogos 2009

AYAM PERCIK


Bahan-bahan

  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. kisar bawang,halia,serai,ketumbar,jintan dan peraplah selama setengah jam
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali dengan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam empuk.
  3. Angkat ayam bersama dengan sedikit kuah dan masukkan didalam Loyang pembakar.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah dalanm setengah jam…dan sedia untuk dihidangkan.