Memaparkan catatan dengan label MASAKAN LAKSA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASAKAN LAKSA. Papar semua catatan

Khamis, 27 Ogos 2009

LAKSA LEMAK


Bahan-Bahan:
500 gm udang galah (buang kulit dan bersihkan)
300 gm laksa
1 biji timun
5 biji cili merah
1 biji kelapa (ambil santannya)
½ cawan minyak masak
Garam
Bahan digiling:

3 biji bawang besar
30 gm kacang tanah (digoreng dahulu)
2 cm halia
1 sudu kecil kunyit
Belacan
Cara:
Untuk kuah, sediakan periuk. Panaskan minyak dan tumis bahan giling. Biar sehingga naik bau.

Masukkan udang, kacau untuk dua tiga minit dan masukkan santan. Biar ia mendidih seketika. Dan masukkan garam.

laksa diletakkan di dalam mangkuk dan tuang kuahnya. Hias dengan daun ketumbar, cili dan timun.

LAKSA KELANTAN


Bahan-Bahan:
1 kg ikan kembung rebus
200 gm bawang merah
80 gm bawang putih
80 gm halia
80 gm cili padi
40 gm belacan
4 batang bunga kantan
4 ikat daun kesum
2 batang serai
3 keping asam keping
4 liter santan pekat
garam secukup rasa
Cara-cara
Panaskan minyak dan masukkan ikan kembung rebus yg telah ditumbuk lumat, bawang merah,bawang putih,halia,cili padi, belacan, bunga kantan,daun kesum, serai & asam keping serta air.Kemudian setelah mendidih masukkan pula santan pekat.Gaul sebati& kacau sehingga pekat.

LAKSA JOHOR


Bahan-Bahan:
500 gm ikan tenggiri(rebus ambil isi)
150 gm udang kering (rendam -mesin)
sekeping isi ikan kurau kering (bakar mesin)
20 biji bawang kecil
20 tangkai cili kering
10 biji bawang putih
1 inci halia
2 senduk kari ikan (adabi)
10 keping asam keping
1 biji kelapa (kerisik)
1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan)
5 batang serai
2 inci lengkuas (ketuk)
1 paket sphageti (rebus 10 minit)
50 sen taugeh
Daun selasih/kesom
Timun (buang isi/biji) racik halus
Limau kasturi
Lobak asin halus
Sambal belacan
Cara:
1. Cili kering, bawang kecil dan bawang putih,serai, udang kering hendaklah dimesin dan diasingkan.

2. 1/2 cawan minyak di masukkan kedalam periuk dan tumiskan cili mesin,diiukuti dengan bawang. biarkan garing sedikit.

3. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan kedalam tumisan tadi dan diikuti dengan isi ikan, udang serai, asam keping, kerisik, santan, isi ikan keriang dan jangan lupa rasa garam dan gulanya secukup rasa.masak sehingga semuanya sebati.

LAKSA PENANG


Bahan-bahan

  • Ikan sardin 1/2 kilo
  • Ikan sardin tin kecil
  • Bwg Merah (5 ulas)
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Cili kering (segenggam) atau cili giling(4 sudu atau ikut citarasa)
  • Bwg Besar (dimayang halus)
  • Timun
  • Cili masak atau cili padi
  • Daun Salad
  • Telur Rebus
  • Laksa Kering atau Laksa basah (sebungkus)
  • Daun Kesum dan Bunga Kantan
  • Limau Nipis

Cara-cara

  1. Rebus ikan sardin mentah dan asingkan isi nya dr tulang (air rebusan jgn dibuang)
  2. Blender bwg merah, belacan,cili kering (sekiranya cili giling tk payah blender hanya campurkan terus dlm kuah nanti)
  3. Masukkan bahan blender ke dlm periuk bersama air rebusan ikan serta asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan
  4. Blender ikan sardin yg diasingkan tulangnya bersama ikan sardin tin(sos ikan sardin tin dicampurkan sekali)
  5. Blender tulang ikan(jgn terlalu halus)utk menambah rase manis kuah tapiskan airnya ke dlm periuk td
  6. Kemudian masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa
  7. Boleh la dihidangkan dan ditabur bwg besar,timun,cili, limau nipis, daun salad